30 HADIS SOHIH BERKAITAN IBADAH PUASA
Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian.
Hari ini aku ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat sekalian, himpunan hadis-hadis sohih Nabi s.a.w yang berkaitan tentang ibadah puasa. Himpunan ini adalah sebilangan daripada ratusan dan ribuan hadis-hadis nabi s.a.w yang membicarakan tentang puasa.
Namun di sini aku hanya mengumpulkan sebanyak 30 hadis-hadis yang sohih, dengan harapan dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada sahabat-sahabat sekalian untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna selaras dengan apa yang dicontohkan oleh nabi s.aw.
Sehubungan itu sekiranya ada kesilapan dan kesalahan dalam menukilkan hadis-hadis dibawah ini mohon diperbetulkan. Semoga usaha kecil ini ada manfaatnya. Wassalam.
"Sebaik-baik petunjuk adalah daripada Nabi S.aw "
30 Hadis Sohih Berkaitan Puasa
Oleh : Ahmad Zambri Shah b. Mohamad Jeman
Rasulullah
Shallallahu'alaihi wa Sallam bersabda:
1. “Jika seseorang itu terlupa
sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana
sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.”- (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan
Muslim (1155)
2. “Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan
kerana dipaksa.” - (Hadis
Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu
Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari
al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)
3. Do’a/zikir
yang paling afdhal adalah do’a yang ma’tsur dari Rasulullah s.a.w, bahawa
beliau jika berbuka mengucapkan,
ذَهَبَ الظَّمَأُ
وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ
Yang bermaksud: “Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat, dan telah
ditetapkan pahala, Insya Allah.” -(Hadis
Riwayat Abu Dawud (2/306), al-Baihaqi (4/239), al-Hakim (1/422), Ibnu Sunni
(128) an-Nasa’i di dalam kitab ‘Amalul Yaum wal Lailah (269) ad-Daruquthni
(2/185) dan dia berkata: “Sanadnya hasan”)
4.
Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu 'anhuma : “Nabi s.a.w memasuki waktu subuh dalam keadaan junub
kerana jima' dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa.” - (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/123),
Muslim (1109)
5.
Rasulullah S.a.w bersabda : “Kalaulah tidak memberatkan umatku niscaya aku
suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu”.- (Hadis
Riwayat Bukhori (2/311), Muslim (252)
Rasulullah
s.a.w tidak mengkhususkan orang yang
berpuasa ataupun yang lainnya, ini sebagai dalil bahawa siwak bagi orang yang
berpuasa dan selainnya ketika setiap kali berwudhu’ dan solat. (Inilah pendapat
al-Bukhari rahimahullah, demikian pula Ibnu Khuzaimah dan selain keduanya. (Lihat Fathul Bari (4/158), Shahih Ibnu
khuzaimah (3/247), Syarhus Sunnah (6/298)
6.
Pada awalnya, berbekam adalah merupakan salah satu pembatal puasa, namun
kemudiannya ia dimansuhkan. Terdapat hadis sahih yang jelas dari Nabi s.a.w
bahawa beliau berbekam ketika berpuasa. Ini adalah berdasarkan satu riwayat
dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma: “Bahawasanya Nabi s.a.w pernah berbekam
dalam keadaan sedang berpuasa.” - (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/155 – Fathul Bari), lihat “Nasikhul hadis wa Mansukhuhu”
(334-338) karya Ibnu Syahin)
8.
Merasai makanan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai
memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan riwayat
dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma: “Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu
yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana tidak sampai ke
tenggorokan.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari secara muallaq (4/154 – Fathul Bari), dimaushulkan
(disambungkan/disebutkan sanadnya) oleh Ibnu Abi Syaibah (3/47), al-Baihaqi
(4/261) melalui dua jalan. Hadis ini hasan, lihat “Taqliqut Taqliq” (3/151-152)
9.
Dari Anas bin Malik radhiallahu 'Anhu berkata: “Aku pernah melakukan safar
bersama Rasulullah s.a.w di bulan Ramadhan, orang yang berpuasa tidak mencela
yang berbuka dan yang berbuka tidak mencela yang puasa.” - (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/163),
Muslim (1118)
10.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa
yang tidak meninggalkan qauluz zuur (perkataan dusta) dan mengamalkannya, Allah
tidak memerlukan orang tersebut untuk meninggalkan makanan dan minumannya.” - (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/99)
11.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w bersabda: “Puasa
bukanlah dari makan dan minum (semata), tetapi puasa itu menahan diri dari
perkataan-perkataan yang tidak bermanfaat dan perkataan-perkataan yang kotor.
Oleh kerana itu, jika ada orang yang mencelamu, katakanlah: “Aku sedang
berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa”. - (Hadis
Riwayat Ibnu Khuzaimah (1996), al-Hakim (1/430-431). Sanadnya sahih)
12.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Ramai orang yang berpuasa, namun hanya
mendapatkan lapar dan dahaga (dari puasanya).” -
(Hadis Riwayat Ibnu Majah (1/539), ad-Darimi (2/221), ). Ahmad (2/441, 373),
al-Baihaqi (4/270) dari jalan Said al-Maqbari dari Abu Hurairah. Sanadnya
sahih)
NIAT
13.
: “Barangsiapa yang tidak berniat sebelum fajar untuk berpuasa, maka tidak ada
puasa baginya”.- (Hadis
Riwayat Abu Daud (2454), Ibnu Majah (1933), al-Baihaqi (4/202)
14.
“Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam harinya maka tidak ada puasa
baginya”. - (Hadis Riwayat
an-Nasa'i (4/196), al-Baihqi (4/202), Ibnu Hazm (6/162), dari jalan Abdur Razaq
dari Ibnu Juraij dari Ibnu Syihab. Sanadnya sahih sekiranya tiada 'an 'Anah
Ibnu Juraij, akan tetapi sahih dengan riwayat sebelumnya)
SAHUR
15.
Dari Abdullah bin al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w : Aku masuk menemui Nabi Shalallahu 'alaihi wa
Sallam ketika dia makan sahur lalu beliau berkata (yang ertinya): “Sesungguhnya
makan sahur adalah barokah yang Allah berikan pada kalian maka janganlah kalian
tinggalkan”. - (Hadis
Riwayat an-Nasa’i (4/145) dan Ahmad (5/270). Sanadnya Sahih)
16. Selain itu, dengan makan sahur, ia
juga merupakan suatu tindakan untuk menyelisihi Ahlul Kitab kerana mereka tidak
melakukan makan sahur. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w menamakannya sebagai
“al-ghadaa’ al-Mubarak” (makanan penuh barokah) sebagaimana dalam dua hadis
al-Irbath bin Sariyah dan Abi Darda' radhiallahu 'anhuma “Marilah menuju makan
“al-ghadaa’ al-Mubarak” (makanan penuh barokah): yakni sahur.” (Hadis al-Irbath: diriwayatkan oleh
Ahmad (4/126) dan Abu Daud (2/303)
17. Dari Abu Said al-Khudri
radhiallahu 'anhu, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Sahur itu
makanan yang barokah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya meneguk
seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yg
sahur.”
18.
Anas radhiallahu 'anhu meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit radhiallahu 'anhu:
“Kami makan sahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian beliau solat, aku tanyakan (kata
Anas): “Berapa lama jarak di antara azan dan sahur? Baginda menjawab:
“Kira-kira sama seperti bacaan 50 ayat al-Qur'an.” - (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/118), Muslim (1097)
19.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Makan sahurlah kalian kerana dalam sahur ada barokah.” - (Hadis Riwayat al-Bukhari
(4/120), Muslim (1095) dari Anas radhiallahu ‘anhu)
20.
“Sahur adalah makanan yang barokah, janganlah kalian tinggalkan, walaupun hanya
meminum seteguk air, kerana Allah dan Rasul-Nya memberi selawat kepada orang
yang sahur”. - (Hadis
Riwayat Ibnu Abi Syaibah (3/8), Ahmad (3/12,3/44) dari tiga jalan dari Abi Said
al-Khudri. Sebahagian jalannya menguatkan yang lain)
21. Raslullah s.a.w bersabda: “Jika
salah seorang kalian mendengar azan padahal gelas ada di tangannya, janganlah
ia segera meletakkannya hingga memenuhi hajatnya.” - (Hadis
Riwayat Abu Daud (235), Ibnu Jarir (3115), al-Hakim (1/426), al-Baihaqi
(2/218), Ahmad (3/423), dari jalan Hamad dari Muhammad bin Amr dari Abi Salamah
dari Abu Hurairah. Sanadnya hasan)
22. Daripada Abu Umamah radhiallahu 'anhu: “Telah dikumandangkan iqomah solat
di mana ketika itu di tangan Umar masih ada gelas, dia berkata: “Boleh aku
meminumnya ya Rasulullah? Rasulullah bersabda: Ya minumlah.” - (Hadis Riwayat Ibnu Jarir (2/102) dari
dua jalan dari Abu Umamah)
23.
“Janganlah kalian mendahului Ramadhan dengan melakukan puasa satu atau dua hari
sebelumnya kecuali seseorang telah rutin berpuasa maka berpuasalah.” - (Hadis Riwayat Muslim (573, Mukhtashar
dengan mu'laqnya).
24. Dari Abi Hurairah radhiallahu
'anhu dari Nabi s.a.w bersabda (yang erti nya): “Barangsiapa yang berpuasa di
bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya
yang telah lalu.” - (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/99), Muslim (759)
25.
Rasulullah s.a.w: “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka
setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan
dikabulkan do'anya.” - (Hadis
Riwayat al-Bazzar (3142), Ahmad (2/254) dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari
Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1643) darinya dengan ringkas dari jalan
lain, hadits sahih. Do'a yang dikabulkan itu adalah ketika berbuka - lihat
“Misbahuh Azzujajah” (no. 604) karya al-Bushiri)
26.
Dari Amr bin Murrah al-Juhani Radhiallahu 'anhu berkata: Datang seorang lelaki
kepada Nabi s.a.w kemudian berkata: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku
bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak untuk diibadahi kecuali Allah,
engkau adalah Rasulullah s.a.w, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku
melaksanakan puasa Ramadhan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk orang
yang manakah aku? Beliau menjawab: “Termasuk dari shidiqin dan syuhada”. - (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (no. 11 di
dalam Zawaidnya) sanadnya sahih)
27.
“Tidaklah ada seorang hamba yang puasa di jalan Allah kecuali akan Allah
jauhkan dia (kerana puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim.” - (Hadis Riwayat al-Bukhori (6/35), Muslim
(1153) dari Abu Sa'id al-Khudri, ini adalah lafadh Muslim. Sabda Rasulullah
Sholallahu 'alaihi wasalam, “70 musim” adalah “perjalanan 70 tahun”, demikian
yang disebutkan di dalam “Fathul Bari” (6/48)
28.
“Semua amalan bani Adam untuknya kecuali puasa (pahalanya tidak terbatas),
kerana puasa itu untuk Aku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika
salah seorang kalian sedang berpuasa janganlah memperkatakan
perkataan-perkataan yang keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang
mencercanya atau memeranginya, ucapkankanlah: “Aku orang yang sedang berpuasa
(ucapan dengan lisan), demi Dzat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya sesungguhnya
bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada bau minyak
misk (kasturi), orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan, (iaitu) jika
berbuka dia gembira, jika bertemu dengan Rabbnya dia gembira kerana puasa yang
dia lakukan.” - (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/88), Muslim (no. 1151) ini lafaz al-Bukhari)
29.
Dari Sahl bin Sa'ad radhiallihu 'anhu, dari Nabi s.a.w bersabda (yang ertinya):
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan rayyan,
orang-orang yang berpuasa akan memasukinya di hari kiamat nanti dari pintu
tersebut, tidak ada orang selain mereka yang memasukinya. Jika telah masuk
orang terakhir yang berpuasa, ditutuplah pintu tersebut. Barangsiapa yang masuk
akan minum, dan barang siapa yang minum tidak akan merasa haus untuk
selamanya.” - (Hadis
Riwayat al-Bukhari (4/95). Muslim (1152). Tambahan akhir terdapat di dalam
riwayat Ibnu Khuzhaimah dalam kitab Sahihnya (1903)
30.
Dalil-dalil yang menunjukkan sunnahnya puasa enam hari di bulan Syawal:
“Dari Abi Ayub
al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian
diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. -
(H/R Muslim (1164). Ibn Majah (1612/1716). Imam
Ahmad dalam musnadnya (2/204-5/417/419). Abu Daud (2433). Tirmizi (759). Nasaii
dalam As-Sunan al-Kubra (2/2862). At-Thayalisi dalam Al-Musnad (hlm. 81).
Abdurrazzak dalam Al-Musannaf (7918, 7919, 7921). Ibnu Syaibah dalam
Al-Musannaf (3/97). At-Tahawi dalam Musykil al-Atsar (2238, 2340,2341,2345).
Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra (4/292), H/R Ahmad 417. Muslim 822 (Kitabus
Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Tirmizi.(Bab
As-Siam) no 756 Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207
(Kitabus Siam) no 1716)